SISTEM PERMOHONAN PERJALANAN KE LUAR NEGARA (SPKN)
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
 
Pengenalan Sistem Permohonan Perjalanan Ke Luar Negara (SPKN)

Sistem ini menyediakan kemudahan kepada pegawai kementerian serta jabatan / agensi untuk membuat permohonan perjalanan ke luar negara atas urusan rasmi / persendirian secara dalam talian.

Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya empat belas (14) hari sebelum tarikh bertolak.

Sekiranya permohonan kurang dari empat belas (14) hari , pemohon perlu menghantar e-mel kepada Urusetia di alamat berikut urusetia.spkn@mot.gov.my untuk mengaktifkan permohonan dengan mengemukakan maklumat seperti nama, jabatan, bahagian, jenis urusan dan justifikasi permohonan lewat.

Contoh emel
PERMOHONAN PERJALANAN KE LUAR NEGARA KURANG DARI EMPAT BELAS HARI (14) HARI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/ puan, saya diarahkan untuk menghadiri [nama seminar/kursus] di [negara] pada [tarikh pergi/pulang]. Namun begitu permohonan melalui Sistem Permohonan Perjalanan Ke Luar Negara (SPKN) adalah kurang dari empat belas (14) hari.
3. [nyatakan justifikasi permohonan lewat].
4. Sehubungan itu, saya memohon pihak Urusetia untuk mengaktifkan permohonan SPKN. Berikut adalah maklumat berkaitan:-
Nama : [nama pegawai]
Jabatan : [jabatan/agensi]
Bahagian : []bahagian]
Jenis Urusan: Rasmi
Sekian, terima kasih.

Bagi urusan peribadi, pemohon mestilah mendapatkan kelulusan cuti rehat terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.

Sebarang masalah berkenaan Kata Laluan, boleh hubungi terus meja bantuan MOT di talian 03-8892 1216(Fauzilawati) / 2014(Hazel) / 1475(Sofri).

 
Muat Turun Fail
# Nama Fail Muat Turun
1 Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 - Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian
2 Manual Pengguna MOT Manual Pemohon
Manual Penyemak Dokumen
Manual Penyokong
Manual Peraku
Manual Pelulus
3 Manual Pengguna Agensi Manual Pemohon
Manual Penyemak Dokumen
Manual Penyokong